Alhamdulilah..kami sekeluarga telah selamat pergi dan balik dari camping..seronok n penat..hehe..mne x nye, keje nye mandi laut, then naik, mkn bbq, pastu turun laut balek..then naek n begitu la seterusnye..antara aktiviti sampingan adalah memancing..yaa..mereka dapat banyak ikan sebab memancing..hehe..antara lain nye main bola tampar, badminton di sne..tengok tv n tido..itu lah yang kami lakukan..
Pada bulan 12 ini juge, family aku ramai ang lahir..antaranya ialah..abang-5/12, mama-23/12, yana-25/12, miera-28/12...dan antara lainnye ialah gf abg aku-8/12, bf aku-10/12..owh..mude2 je sume kan..tapi matured..itu yang kite nak kan..
semlm we all sampai uma dalam kol 4 lebey..then, sume dah bersedia depan tv..sebab nye nak tengok bola..Malaysia lwn Vietnam..1-0..alhamdulilah Malaysia menang n dapat pingat emas..bak kate abg aku, kalau bola sepak dapat emas..mcm dah menang segala2 nye la tu..haha..bukan ape, kan banyak lagi game laen like renang, olahraga n laen2 la..x nak sokong dorang jugak ke??disebab kan penonton Vietnam yang datang ramai n berwarna merah, ayah aku pon ckp..ni Vietnam macam kelantan la nie..datang ramai2,pakai warne merah jugak.. tapi xde rezeki..kalah...tpi dorang berdisiplin, dorang kalah terus balek je..bukan mcm Kelantan, dorang datang sebab nak tengok menang je, pastu x berdisiplin, dah kalah, nak rosakkan harta benda owg laen pulak..nak ngamuk pulak..hah..memang betol la tu..kite sendiri nampak kan..
semalam jugak, aku sempat bace doa akhir tahun lepas asar n juge doa awal tahun lepas maghrib..banyak kelebihannye..tpi x tau bace x pe, sebab kat tv1 ade dibacekan semalam, u all just amin..n sesape yang g dinner DL sem lepas, mereka ade providekan bacaan doa2 harian, dalam itu ade dinyatakan...walawpon dah terlambat, aku still mau share with all bloggers(maksud doa)..maybe boleh digunakan untuk tahun depan...
SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRIAH..
Doa Akhir Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata "Sia-sialh kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja."
Doa Awal Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
2 comments:
rmai jugak yg lahir bln 12..
aten cma ingt sorg jelaa..
yana z...
hahaha
anyway bebeh!
i mish u a lots..
uhuuhu
jumpe lg 15 hari...
:D
eh yana.jgn kutuk klntn taw.bf aku org klntn taw.hee.tp xpe.sbb dye x mnt bola.huhu
Post a Comment