Saturday, May 15, 2010

SAYA anak CIKGU ZABIDI..~

yeahh..itu lah entry kite pada hari ini ye..SAYA anak CIKGU ZABIDI..erm..ape yang saya nak kata kan saya adalah LIYANA...nama penuh saya adalah LIYANA MOHD ZABIDI..dah tentulah yana anak cikgu zabidi..
heee..~

16 Mei 2010...>> haa..dah dpt tangkap ape saya nak explain di cni?? HAPPY TEACHER'S DAY la kawan2..

before saye panjang kan lagi entry ni...bace sajak ni dulu..


GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


jadi, saya nak ucap kan kepada cikgu zabidi.."SELAMAT HARI GURU"..
dia lah bapa, dia lah teman, dia lah cikgu saya, dia lah juga yang memberi saya makan untuk terus hidup sehingga berjaya ke menara gading sekarang..dia lah pemberi semangat kepada anak2 nya..dia lah segala2 nya....


ini lah muka ayah saya MOHD ZABIDI ZAINUDIN...dia cikgu KH merangkap cikgu disiplin (tegas..takott~) dan juga cikgu bola sepak (aktif sgt~)..no wonder lah beliau seorang penyokong setia bola sepak..antara nye ialah Man U ye...dan juga orang N9..sape geng??


ini pula adalah cikgu zabidi dan pemain nya..student bola nye lah..aiyooo~


dan x lupe juge kepada cikgu2 saya die SK Beranang, SMK khir Johari Beranang, SMK Telok Dato' Banting, SM Teknik Tuanku Jaafar Seremban dan juga semua cikgu di seluruh Malaysia..saya nak ucap kan...

SELAMAT HARI GURU 2010...
TERIMA KASIH CIKGU...

(yana teringat cikgu2 sekolah lame..miss2~)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...