Mesti ramai yang tertanya-tanya kan..
Saya pon turut tertanya-tanya apa lah perbezaan dua kek yg comel ini..
Kenapa lah nama mereka lain sedangkan rupa bentuk mereka seakan-akan sama...
Sedangkan yang menampakkan kek-kek ni menarik cuma lah hiasan aising, sedap dan lain-lain..
So, saya cari apa perbezaan antara cupcake dan muffin ni..
Perbezaan yang ketara ialah dari segi rupa bentuk dimana mufin mempunyai puncak yang tinggi. Mufin selalunya menggunakan cawan kertas yang tinggi agar memudahkan puncaknya terbentuk dengan elok. Mufin mempunyai dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (tekstur kek lebih kenyal seperti roti) dan kaedah mengkerim dimana tekstur kek lebih halus dan lembut seperti kek. Mufin selalunya tidak dihias dengan aising kerana puncaknya yang tinggi menyukarkan ia diletakkan aising.
MANAKALA...
Kek cawan cuma gelembung sedikit di bahagian atas. Ini untuk memudahkan ia dihias dengan pelbagai aising. Kek cawan lebih kecil dan diisi dalam cawan kertas yang lebih rendah. Kek cawan pula adalah kek kecil yang boleh mengunakan pelbagai kek asas seperti kek mentega atau kek span. Ia juga boleh dipelbagaikan perisanya seperti oren, coklat, strawberi, kopi dan sebagainya.Disamping itu kek cawan boleh dihias dengan pelbagai aising seperti aising krim mentega dan aising coklat.
Haa..ni serba sedikit info yg saye dapat dari internet
(cara termudah tuk cari info..=)...
Nak tau TIPS MEMBUAT MUFFIN?? sila lah klik di sini...
agak2,bila dpt aku merasa ko buat cupcake atau mufin utk aku...hehehe
ReplyDelete