Sebenarnye pic ni tart yg belom masak lagi..hehe..dah masak lupe pulak nk ambik gambar..=)
Bahan-bahan:
240g marjerin
60g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
330g tepung gandum *
50g tepung jagung *
2 biji kuning telur (untuk disapu)
* Ayak bersama
Bahan Jem Nenas
450g parutan nenas (ditapis)
180g gula pasir
(kalau xnak wat jem, boleh beli yang siap di kedai)
Cara-cara:
Pukul marjerin, gula aising, kuning telur dan esen vanila hingga sebati.
Adunkan bersama dengan tepung yang diayak bersama hingga rata. Uli menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam acuan semperit. Picit doh menjadi jalur panjang.
Letak sedikit jem di atasnya. Gulung dengan doh jalur tadi. Potong setelah bahagian hujung bercatum elok.
Atur atas tin pembakar yang disapu dengan marjerin. Sapukan kuning telur di atas tat.
Bakar hingga keemasan dan siap..=)
SELAMAT MENCUBA..
No comments:
Post a Comment
Hai..tinggalkan sepatah dua kata di sini..(^_^)