Sunday, October 3, 2010

8 cara salah tunjuk kasih sayang~

i had read dis n i want to share with all bloggers especially person in love..~

1. Terlalu Manja
Sifat manja seorang gadis sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Kamu yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada akan membuatkan kekasih kamu "turn off"!.

2. Malu untuk Berkongsi
Jangan terlalu bersikap 'tertutup' kerana hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonian setiap hubungan. Baik lelaki mahupun si gadis untuk saling berkongsi pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya. Jadi, bersikaplah terbuka atau 'sporting' dalam setiap tindak tanduk kamu itu ya!

3. Sangat Cerewet
Ada sebahagian gadis yang kurang menyedari, betapa buruknya jika kamu terlalu cerewet. Ada antaranya mengalahkan seorang ibu yang cerewet kepada anaknya yang masih kecil. Namun, itu mungkin dapat dimaafkan lagi kerana relevannya tetapi apabila cerewet kepada kekasih sememangnya itu akan membuatkan si dia dalam keadaan yang amat menyesak dan merimaskan meskipun dengan alasan kamu cinta kepadanya.

4. Sensitif
Perempuan yang cepat terasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya kerana takut melukai hatinya. Padahal dengan hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaanya dengan bebas. Kadangkala gurau juga dapat mengusik perasaan perempuan yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

5. Jangan terlalu Mengongkong
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya bersama teman-teman. Oleh itu, andai kamu terlalu mengongkong bukan sahaja akan membuat si dia rimas malah bosan kerana setiap pergerakannya ditentukan oleh kamu. Awal-awal mungkin si dia boleh bertahan dan memahami tetapi lama kelamaan tidak mustahil si dia angkat kaki meninggalkan kaki meninggalkan kamu.Jadi berubahlah sebelum terlambat.

6. Memperlekehkan kekasih
Lelaki tidak menyukai kekasih yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Jadi kamu perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat si dia merasa disenda-sendakan sama ada dengan sikap kamu tunjuk ataupun perkataan yang diucapkan. Andai kamu ingin menegur kesalahan yang dilakukan oleh si dia biarlah kena pada caranya supaya si dia ikhlas memperbaiki diri dan berubah sedikit demi sedikit tanpa perlu rasa diperlekehkan.

7. Pujian yang melampau
Memuju pasangan sememang nya perlu untuk menunjukkan kamu menghargai orang yang tersayang. Namun andai kamu terlelau kerap memberi pujian dan sanjungan, kamu bukan sahaja merosak erti kata sebenar pujian, tetapi juga membuatkan si dia merasa bosan.Tidak mustahil juga membuatkan si dia merasa tidak ikhlas.

8. Terlalu menuntut hak sebagai kekasih
Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Jadi pastikan kamu bukan tergolong dalam lingkungan kekasih ini. Kamu mungkin ada hak untuk bermanja tetapi jangan lah menyusahkan pasangan sendiri kerana apabila si dia susah maka kamu juga akan turut sama terkena tempiasnya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...