Thursday, December 24, 2009

The Zainudin's team hit the mines...


Ok, x banyak nak di cite kan..ini tidak dirancang..ulang suara..ini tidak dirancang..pada mulanya saya turun kl ngan family pergi kenduri..then we all ramai2 g ke sri ayu setiawangsa..iaitu terletaknya rumah pak cu saya..owh, saya ingat mcm itu saje..jumpe2 di sane..rupe2 nye dah ade plan dah czen2 aku nie..mak2 sedare ngan pak2 sedare pon dah ade plan nye nak berjalan..hah, pe lagi..jalan je lah..kami 3 kete g la ke mines, tujuan utamanya adalah untuk ber karaoke, dan mak2 sedare nye berbekal kan 3 kete juge pergi ke jusco setiawangsa, katenye baru bukak,besar..nak shopping la tu..hehe..



the boys


the gurlz


karaoke gaya 1


karaoke gaya 2


after karaoke, posing jap


before balek, posing jap.

Friday, December 18, 2009

Bulan 12..


Alhamdulilah..kami sekeluarga telah selamat pergi dan balik dari camping..seronok n penat..hehe..mne x nye, keje nye mandi laut, then naik, mkn bbq, pastu turun laut balek..then naek n begitu la seterusnye..antara aktiviti sampingan adalah memancing..yaa..mereka dapat banyak ikan sebab memancing..hehe..antara lain nye main bola tampar, badminton di sne..tengok tv n tido..itu lah yang kami lakukan..







Pada bulan 12 ini juge, family aku ramai ang lahir..antaranya ialah..abang-5/12, mama-23/12, yana-25/12, miera-28/12...dan antara lainnye ialah gf abg aku-8/12, bf aku-10/12..owh..mude2 je sume kan..tapi matured..itu yang kite nak kan..



semlm we all sampai uma dalam kol 4 lebey..then, sume dah bersedia depan tv..sebab nye nak tengok bola..Malaysia lwn Vietnam..1-0..alhamdulilah Malaysia menang n dapat pingat emas..bak kate abg aku, kalau bola sepak dapat emas..mcm dah menang segala2 nye la tu..haha..bukan ape, kan banyak lagi game laen like renang, olahraga n laen2 la..x nak sokong dorang jugak ke??disebab kan penonton Vietnam yang datang ramai n berwarna merah, ayah aku pon ckp..ni Vietnam macam kelantan la nie..datang ramai2,pakai warne merah jugak.. tapi xde rezeki..kalah...tpi dorang berdisiplin, dorang kalah terus balek je..bukan mcm Kelantan, dorang datang sebab nak tengok menang je, pastu x berdisiplin, dah kalah, nak rosakkan harta benda owg laen pulak..nak ngamuk pulak..hah..memang betol la tu..kite sendiri nampak kan..

semalam jugak, aku sempat bace doa akhir tahun lepas asar n juge doa awal tahun lepas maghrib..banyak kelebihannye..tpi x tau bace x pe, sebab kat tv1 ade dibacekan semalam, u all just amin..n sesape yang g dinner DL sem lepas, mereka ade providekan bacaan doa2 harian, dalam itu ade dinyatakan...walawpon dah terlambat, aku still mau share with all bloggers(maksud doa)..maybe boleh digunakan untuk tahun depan...

SALAM MAAL HIJRAH 1431 HIJRIAH..

Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.

Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata "Sia-sialh kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja."

Doa Awal Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.

Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Tuesday, December 15, 2009

BAGAN LALANG BEACH


"Bagan Lalang has seen a lot of changes of with many activities making it an ideal location for family outings especially for those looking for a beach not too far away from the Klang Valley."

Bagan Lalang Beach is poised to be a major tourist spot in Sepang given the fact that it is close to the site of the country's new Kuala Lumpur International Airport, Sepang. The best time recommended to visit this tranquil beach is in the afternoon during low tide. The shallow pools of water and big sprawling space is ideal for kids to wade without straining a muscle or run around.

There is also a stretch of mangroves too for fellow nature explorers. This beach is well-known for its ikan bakar or barbecued fish. Restaurants serving various fish and other seafood dishes are open till late night to cater for the ever-increasing number of tourists and visitors. You also have another choice, which is an inexpensive chinese restaurants just 10 minutes away from Sepang. For a more local touch, there is the night markets, open on Sundays.

Experience this quiet and tranquil surrounding of Bagan Lalang with family and friends. A simple and quiet place for those who wants to get away from the hustle bustle of their busy lifestyle.

There are budget hotels and several chalets available to those who wish to spend more than a day at Bagan Lalang.

Source: Internet

go to Beruangmadu.com

Actually, me and my family will going to the Bagan Lalang Beach for the best vacation that is camping!!
so, c u there..

Thursday, December 10, 2009

Friend..help me..

kwn2..tolong aku..aku balek2 dari kl tdi..mak aku trus bagi aku surat..surat tersebut datangnya dari lib tun dr ismail, uitm johor..surat tersebut menyatakan yang aku x pulangkan buku dalam tempoh 60 hari..sedangkan setahu aku..aku dah pulangkan sume buku..so, if sesiapa ada terambil buku ni, tolong inform aku cepat tau..aku buntu ni..aku pon x tau ntah aku ke pinjam buku tu..tapi memang confirm..aku yakin, sume buku aku dah pulangkan before cuti..ni antara detail buku tu..

a) Digital Libraries:implementing strategies and sharing experiences:8th International Conference on Asian Digital Libraries...
Call Number : ZA4080.I578 2005

b) Libraries and information services in the United Kingdom and the Republic of Ireland 2006-2007
Call Number : Z791.A1.L53 2005

aku mintak kerjasama sesape yang bace post if tau anything inform ASAP..

thanz..

Wednesday, December 9, 2009

Khasiat tomato

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati
menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko
kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.
Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi
tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi
tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin
C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan
oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak
didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali
dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk
sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan
akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan
wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit
kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit
otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan
alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat
membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella
dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah
didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan
meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem
pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.

Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai
kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan
tomato sebahagian daripadanya.

Antara lain khasiat tomato ialah:

1. Menyembuhkan gusi berdarah dan sakit perut
Caranya : Ambil tomato segar dan cuci bersih, lalu dimakan tanpa ditambah apapun atau dibuat jus diminum setelah makan (jangan terlalu manis, atau tidak memakai gula lebih baik).

2. Menghaluskan wajah dan mengusir jerawat
Caranya : Pilih tomato yang sudah matang peras airnya atau dipotong rata lalu dioleskan pada wajah. Jika dilakukan secara rutin, wajah bisa lebih halus dan bebas jerawat karena kandungan tomatine pada tomat berkhasiat anti radang. Selain itu karoten dan vitamin C pada tomat berkhasiat sebagai antioksidan, sedang asam sitratnya akan mengangkat kotoran dan lemak pada wajah berjerawat.

3. Mengatasi bisul
Caranya : Panaskan tomato lalu taruh di atas bisul, tak lama kemudian bisul akan pecah dan sembuh.

Sumber : Internet

Promotion

Now promotion at ----->>>

Tuesday, December 8, 2009

Bola merAh


emm.punye la lame aku duk uma, baru terjumpe rumah nie..nmpak sgt aku ni pemalas kan..baru nak mengemas almari aku tu setelah sekian lame cuti..pas aku kemas2, aku terpikir, ujung bulan ni nak kemas masuk balek bju2 tu dalam beg balek..adusss...kemas balek..ayoooo...xpe2, aku tyme rjen, memang susah nak benti..buktinye, almari aku tu wlwpon da lme x kemas, last2, terkemas jugak..haha..

owh, back to the real story...
pasal bola aku..
aku da jumpe bola aku..
tapi dah lembik..
sebab nye...
aku tinggalkan bola aku dlm kete ayah aku sebab aku kene balek ngn kwn ayah aku mase last day aku kat segamat..means the end of semester mase part 4..haha.. ayah aku kne anta budak bola sek die, disebabkan aku terpaksa bwk sikit barang je balek, so bola tu terpaksa ditinggalkan dlm kete yang kepanasan..

aku suke sgt bola ni sebab bola ni hargenye rm2 je..haha
n then, bola ni cntik, kaler merah..

sayang u la bola...



haa...tu la bola yang kami buat maen mase g sagil itu...


dan ini la bola merah itu...


lepas kemas2, da jumpe balek...dan ini la die bola merah yang lembik..

da abis cite...

Friday, December 4, 2009

Port Dickson, i'm coming..

haha..xde tempat laen..itulah destinasi keluarga kami..
ring..ring..tibe2 telefon rumahku berbunyi...mama letak telefon..
mama tunggu ayah balek..mama ckp pak cik ajak g port dickson..omg!
y tbe2 je ye??ayah xnk, ayah kate nak tengok bola..hihi..tapi pak cik dah book,so kami pegi..

aku ape lagi..suke lah..wlw beribu kali aku pegi ke sane..tapi aku tetap suke..kenape ye??laut membuatku tenang..kite akan sedar betapa indah nye ciptaan Tuhan..owh..itu lah sebab aku nak ajak fyth pegi sne..tengok laut..

kelebihan pd juge sebab pantai nye yang panjang..emm??betol la..cube ko tengok sesetengah pantai, mane ade panjang sgt..kat pd ade..kalau lalu dari kuar highway sampai ke pd, ade je tempat bley mandi...itulah kelebihannye yang jadikan die salah satu tempat percutian..(promote..promote)

so ape lagi??jap lagi aku nak gerak la ni..plan yang tidak dirancang..ade kete, duet..gerak je sudah..haha..tu juge la yang dilakukan oleh fyth..nak pkir panjang wat pe??jalan je puaskan hati..lalalala...baju sume dah bersepah atas katil aku ni..jap lagi lah kemas..x sbr nak cite pasal pd nh..

ups..ade 1 lagi halangan..hari ujan la..then mama ckp, ari ni je ujan, esok panas..(sedapkan ati je..haha) tapi kalau panas, itam la muke aku..hihi..
ok, jap lagi nak gerak, x sampai 2jam pon perjalanan aku g sne..maybe sejam lebih aje..so, jom la..i will wait for u..

Port Dickson, i'm coming!!!
choww!!

Rindu tangga ini..

tangga ini menarik..tangga ini lah yang menghubungkan di mana kami akan makan..tangga ini cntik mase mlm disebabkan kilauan lampu2 yang romantik..tempat dating??huh..x sesuai..sebab nye tempat orang lalu lalang..haha..gambar ni dah lme x silap aku..time ni aku kurus lagi..hahah..kesimpulannya rindu tangga ini..rindu tangga di uitm ini...hihi..





Wednesday, December 2, 2009

Info terkini..

Tima gave me a message pade 01 December 2009, 7.44pm..die tulis begini..

start kuliah- 28/12/2009
check result exam- 10/12/2009
course registration- 21-22/12/2009
validation course- 25/01/2010-08/02/2010

pesanan die : inform pade sume..

tq

Emm..

Emm.aku baru terbuka ati aku nak buat facebook..tu pon atas desakan ramai pihak..dari czen aku, dari membe aku..sume nye dah beralih ke situ..aku dah wat dah..em..dah invite friend dah..dah cube nak explore dah..tpi...emm...ntah la...aku delete balek..mintak maaf sume..

Monday, November 30, 2009

Di meja Kehidupan..

Cantikya pinggan itu
tempat kita jamah bersama
nafas kedamaian
hayat kebahagiaan
betapa manisnya setiakawan
dan harumnya persahabatan

cantiknya pinggan itu
tiba-tiba retak dengan sorakan
dihentak perasaan
dan dentuman kekeliruan

cantiknya pinggan itu
di atas meja kehidupan
telah sumbing potretnya
telah calar dasarnya
telah pudar warna nya

cantiknya pinggan itu
cuma tak seindah
yang dulu-dulu

karya oleh Solihin Osman

FRIEND

i miss all my friend..semua sekali..semua budak kelas d5e4 especially fana, tyma, has, aten, zaty, ja, ju, n sume lah...kwn2 ttj aku, budak civil engineering 4a3, 5a2, my bestfwen di ttj, shedot n shera..di sekolah telok datok banting, dari aku form 1 sampai form3..budak2 yayasan selangor same2 ngn aku, mieza, nin, aini, nabila, ira, siti, erin,kak pah, shikin, x lupe juge k. umi, faiqah, adip, epul, dan sesape jugelah..kwn sekolah rendah aku, atip, nana..x lupe jugak bebudak wing aku, ain, ida, zulaikha, mina, kina, fatin, nisa..emm..xingat la..byk sgt dah..gambar ni khas aku edit for u all n i know..semua orang mempunyai ciri2 ini to be as my friend..tq so much..

Mood Lagu- Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Friday, November 27, 2009

Owh movie..

movie2 tersebut dah lame..tpi baru sekarang aku tengok..ketinggalan sungguh..anyway, all best!



Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..


Alhamdulilah, pejam celik..pejam celik..esok kite dah nak raye lagi..memang dah raye nie..dah start takbir kat tv tu..ape lagi, aku yana ngn mama beserta uwan sebok kat dapur tu..(ni dah rilex sket dah ni)..masak2 la katekan..uma aku ni wlwpon x rye, memang bz lah..yang pasti nye makanan sentiase abis..haha..sebab tu aku kuat makan..tapi dlm2 kuat mkn n bz pon, aku sempat gak la ajak adik aku main badminton tadi..haha..lari kejap daripade masak..tapi aku kek memang keje aku la..

start pas zohor tadi, memang dah bz la memotong bawang, bawang putih, halia, bawang merah n laen2..pas aku siapkan sume tu, turn mama pulak la untuk melebur semua bahan2 tersebut ke dlm kuali..antara menu for tomorrow ialah ayam rendang, mee kari, lengkong, nasi impit n xtau lagi..hehe..tapi alhamdulilah...rezeki melimpah2 petang tadi apabila wan busu aku memberikan ketupat, serunding, rendang..dan pak uda aku pulak bagi lemang..maka lengkap lah menu sempena raya aidiladha....

schedule for tomorrow dah ade dah..kol 10 pagi sok dah ade jemputan ke rumah salah seorang saudara di kampung sebelah..sempena raye korban, makan tumpang lah lembu dan kambing2 di Beranang ini, dan juga bermula lah sok org kg masak n makan beramai2..uhhh..seronok nye..bersyukur sgt aku dapat duduk di kg yang indah ini dan alhamdulilah aku diberi peluang untuk merasai semua ini..teringat pulak aku kepada pak mok aku yang sedang berada di Makkah, kalau x silap, di padang arafah esok untuk menunaikan salah satu kewajipan Nya, muge sihat di sane dan muge pulang dengan selamat...x lupe juge kepada semua umat islam yang mengerjakan haji..
panjang pulak aku berceloteh..back to the real story...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG KU..MOGA ANDA DILIMPAHI RAHMAT, REZEKI YANG BERGANDA DAN SENTIASA BERADA DALAM RAHMATNYA...amin...

back to the real story lagi, petang tadi aku wat dua jenis kek..nak rase??datang la rumah..ayah aku ckp sedap..hehe..sememang nye ayah aku la yang tukang ajrnye..hehe..dah jadi feberet aku pulak wat kek..tnpe buang mase lagi..sila lah lihat gambar ye..


ni aku tnye mama, ape name kek ni, mama ckp ni kek pelangi dua warna..aku pon ooooo


ha..ni la die..dah siap..


dah masuk dlm tupperware..t semut makan..aku nak bagi owg makan je..heee


ni pulak...kek kecik je..kek coklat..mcm bese lah..


dah siap..dan berserta my wish..

mau resepi??sile lah contact 444 tekan2 xdpt..haha..tipu je..contact aku laa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...