Friday, October 9, 2009

coklat..

Coklat..coklat..coklat..banyak kuih raya yang menggunakan coklat..dan setiap rumah yang pergi..mesti cari kuih coklat dulu..itu lah lumrah coklat..

Beg warna coklat..baju warna coklat dan macam-macam lagi coklat..hahah..

Terdapat tiga jenis coklat yang biasa didapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat kosong atau coklat pahit dan coklat putih.



- Coklat susu
jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

- Coklat putih
juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Di samping itu, coklat putih juga mengandungai kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.

- Coklat kosong
pula mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.

lebih lanjut mengenai coklat, boleh la layari web pasal coklat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...