Friday, October 9, 2009

Kata-kata nasihat dari HM Tuah

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat. dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tak mampu buat semua jangan tinggal semua. dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun. dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


¡°Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas. dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa
yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA." dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.dari HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.dari HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti. dari HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.dari HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur." ¨C dari. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...